Friday, April 29, 2011

10 Wasiat Imam Hasan Al Banna



Imam Hasan Al-Bana, pendiri gerakan dakwah Ikhwan yang terkenal ke seluruh dunia, banyak meninggalkan catatan penting pada sejarah perjuangan Islam modern. Ingat, kehadiran Imam Hasan bertepatan dengan hanya beberapa saat setelah hancurnya kekhalifan Islam yang terakhir. Tak pelak, setelah kepergian beliau, tak ada lagi figur dakwah yang bisa dijadikan acuan dalam gerakan Islam.
Setiap hari, dalam dakwahnya, ia berjalan kaki tidak kurang dari 20 KM. Beliau menyambangi desa-desa dan dilakukannya tanpa pamrih sedikitpun dari manusia. Ia duduk di warung kopi pada beberapa malam, menyatu dengan masyarakat yang sebenarnya, dan ia mampu mengingat nama orang yang baru saja ditemuinya walaupun hanya sekali, sehingga orang yang diajak bicara olehnya menjadi simpati.
Banyak warisan dari Imam Hasan yang sangat menggelorakan semangat dakwah Islam. Berikut ini beberapa di antaranya dari sekian wasiat-wasiatnya:
Bangunlah segera untuk melakukan sholat apabila mendengara adzan walau bagaimanapun keadaannya.
Baca, Telaah dan dengarkan Al-Quran atau dzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tidak ada manfaatnya.
Bersungguh-sungguhlah untuk bisa berbicara dalam bahasa Arab dengan fasih.
Jangan memperbanyak perdebatan dalam berbagai bidang pembicaraan sebab hal ini semata-mata tidak akan mendatangkan kebaikan.
Jangan banyak tertawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (dzikir) adalah tenang dan tentram.
Jangan bergurau karena umat yang berjihad tidak berbuat kecuali dengan bersungguh-sungguh terus-menerus.
Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, karena hal ini akan mengganggu dan menyakiti.
Jauhilah dari membicarakan kejelekan orang lain atau melukainya dalam bentuk apapun dan jangan berbicara kecuali yang baik.
Berta’aruflah dengan saudaramu yang kalian temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip dakwah kita adalah cinta dan ta’awun (kerja sama).
Pekerjaan rumah kita sebenarnya lebih bertumpuk dari pada waktu yang tersedia, maka manfaatkanlah waktu dan apabila kalian mempunyai sesuatu keperluan maka sederhanakanlah dan percepatlah untuk diselesaikan.

I love Islam

:; MUSLIMAH : POSISI SEBAGAI ANAK PANAH ISLAM :


Setiap muslimah pendokong gerakan Islam mestilah benar-benar menyedari bahawa mereka mempunyai peranan yang tersendiri di dalam membina kekuatan ummah dan mendorong perjuangan Islam ke mercu kejayaan.Walaupun mereka dikenali sebagai golongan yang lemah-lembut,namun dari fakta sejarah telah memberikan sumbangan yang sangat besar ertinya kepada perjuangan Islam.


Sejak awal kelahiran Islam sehinggalah cahaya Islam menerangi Jazirah Arab dan kawasan sekitarnya, medan perjuangan Islam tidak pernah sunyi daripada penyertaan angkatan muslimah.Mereka adalah sayap kiri perjuangan Islam,turut serta mengharungi liku-liku perjuangan menghadapi rintangan,meniupkan semangat,mengorbankan harta-benda,sanggup melepaskan anak-anak dan suami yang mereka cintai malah ada di kalangan mereka yang gugur syahid kerana memperjuangkan Islam.


SAIYIDATINA KHADIJAH..SURI TELADAN SEPANJANG ZAMAN


Saiyidatina Khadijah Binti Khuwailid R.A salah seorang daripada penghulu segala wanita di dunia ini merupakan contoh muslimah yang terlibat secara langsung di dalam Harakah Islamiah yang dibawa oleh suami beliau,Nabi Muhammad SAW.


Beliau merupakan simbol wanita yang beriman,jujur dan bersifat dermawan lagi penuh kesetiaan,gigih,berani dan terdidik serta petah berkata-kata. Beliau bertanggungjawab meniupkan semangat dan memberi peransang kepada suaminya di dalam menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi dari kaum Quraisy Makkah ketika itu.


Dalam melaksanakan urusan rumahtangga, walaupun Sayyidah Khadijah menanggung beban yang berat, betapa dia benar-benar bahagia kerana melaksanakan seluruh tugasnya itu dengan penuh keikhlasan, menjaga pendidikan putera-puterinya serta memastikan segala keperluan keluarga khususnya suami dipenuhi sesempurnanya.Beliau berusaha mewujudkan sebuah rumahtangga yang aman damai untuk suaminya, kerana beliau tahu betapa penat dan jerih-payah suaminya berdakwah.

Kaum Quraisy mengambil tindakan memulaukan keluarga Bani Hashim dan orang-orang Islam dengan memutuskan hubungan ekonomi dan sosial dengan mereka. Sayyidah Khadijah tetap bersama di dalam perjuangan suaminya walaupun terpaksa mengalami penderitaan akibat daripada pemulauan tersebut sehingga menjejaskan kesihatannya.

Kesan dari pemulauan ini menyebabkan penyakitnya bertambah tenat dan akhirnya beliau pulang ke rahmatullah. Pada tahun yang sama,bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abu Talib juga meninggal dunia.Tahun ini dianggap sebagai tahun dukacita oleh Rasulullah SAW kerana Baginda kehilanga dua orang yang membantu dan melindungi Baginda dari ancaman musuh-musuh Islam.Disebabkan kebaikan dan keprihatinan Khadijah yang begitu tinggi ini,sehinggakan tahun kematian beliau dan bapa saudara Rasulullah digelar sebagai "Tahun Dukacita" oleh Rasulullah. Bahkan isteri Baginda,Saiyidatina 'Aisyah mencemburui Khadijah kerana walaupun Khadijah telah tiada tetapi Nabi SAW masih menyebut-nyebut nama istimewa tersebut.Demikianlah hebatnya Siti Khadijah Al-Khuwailid,isteri pertama Rasulullah SAW.

Sejarah perjuangan Islam telah mencatatkan bahawa suatu gagasan penggerak dakwah Islamiyyah yang ulung,iaitu "Safwah Al-Mukhtarah" telah muncul pada permulaan dakwah Islam tersebut.Kemunculan mereka merupakan kebangkitan suatu ummah yang mempunyai ciri-ciri tersendiri. Jumlah kumpulan ini kira-kira 60 orang dan seperempat daripada mereka terdiri daripada wanita. Di antara mereka adalah :

1- Ummu Al-Fadhl binti Harith
2- Asma' binti Umais (isteri Ja'afar bin Abi Talib)
3- Khadijah binti Khuwailid
4- Aminah binti Khalid (isteri Khalid bin Said)
5- Fatimah (isteri Abu Ahmad bin Jahsyin )
6- Asma' (isteri 'Iyasy bin Abi Rabi'ah)
7-Sumayyah binti Khayyat (isteri Yasir bin Amir)
8- Fatimah binti Khattab (adik Umar bin Al-Khattab)
9- Hafsah binti Umar (isteri Khurasi' bin Huzafah)
10- Fatimah (isteri Khatib bin Al-Harith)
11- Fukaihah ( isteri Khattab bin Al-Kharith)
12- Ramlah (isteri Abdullah bin Maz'un)

Generasi awal yang menjadi pelopor dalam Harakah Islamiyyah ini sentiasa berdiri teguh dalam perjuangan Islam. Mereka mempunyai keimanan yang kental dan tahap pengorbanan yang begitu tinggi.Pengorbanan wanita dari kalangan generasi pelopor ini dapat dilihat dari kisah-kisah yang berlaku ke atas Sumayyah iaitu isteri Yasir dan ibu kepada Ammar.Beliau sekeluarga telah disiksa oleh orang-orang Quraisy sehingga mendapat penghormatan sebagai syahid yang pertama bersama suaminya Yasir.

Selain daripada Sumayyah,wanita-wanita yang turut disiksa ialah Zunairah Al-Nahdiyyah dan anak perempuannya serta Ummu Abyas. Mereka terdiri daripada hamba-hamba yang menganut Agama Islam tanpa merasa gentar menghadapi siksaan tuan-tuan mereka.

Semoga Allah terus mencurahkan keberanian,ketabahan dan kecekalan buat muslimah-muslimah akhir zaman ini..

Pesanan Untuk Isteri Pejuang


(Temuramah dengan isteri As Syahid Ismail Abu Syanab - pemimpin Hamas yang terbunuh diserang helikopter Israel )
: Bagaimana akhlak Abu Syanab?
: Akhlaknya adalah (berdasarkan) Al Qur'an... Beliau melaksanakan perintah Allah dengan cara yang betul tanpa fanatik membuta. Beliau sentiasa tekun dan memelihara sembahyang, puasa, dakwah dan jihad fi sabilillah. Seringkali beliau berpuasa sunat secara mingguan. Beliau menghafaz 20 juzuk dari kitab Allah (Al Qur'an). Beliau mula mengenali Syeikh Ahmad Yasin (pemimpin utama dan pengasas Hamas) sebaik tiba di Ghaza tahun 1964 dari Mukhayyam An Nusairat, kampung keluarganya.
: Adakah As Syahid (Abu Syanab) membimbing keluarga dengan baik dan adakah beliau dapat seimbangkan antara tugas-tugas dakwah, politik dan rumah tangga?
: Alhamdulillah, beliau bukan sahaja membimbing keluarga dengan baik, tetapi cemerlang. Beliau adalah pembimbing keluarga yang terbaik. Sememangnya tugas-tugas dakwah mengambil waktunya, begitu juga dengan politik dan kerja beliau di Universiti Islam. Tetapi bagi kami (ahli keluarga) kami tidak kisah. Bahkan sebaliknya kami sentiasa memberi ruang supaya beliau dapat menunaikan tugas dan kewajipannya dengan sempurna.
Al Marhum bekerja menerusi politik untuk kemaslahatan dakwah dan untuk mencari keredhaan Allah di samping satu khidmat untuk Islam dan umatnya. (Dalam keadaan itu pun) beliau satu haripun tidak pernah alpa terhadap hak keluarganya. Beliau sentiasa bertanya tentang pelajaran dan keadaan anak-anaknya walaupun seketika. Beliau juga sering menziarahi anak-anak perempuannya. ..
Dalam hal mengambil berat terhadap keluarga ini, saya masih ingat ketika beliau dipenjarakan oleh Yahudi pada tahun 1989. Dalam keadaan kami yang sentiasa risaukan keselamatannya yang mungkin beliau disiksa dan sebagainya, beliau masih berkesempatan menghantar pesanan menerusi pasukan Palang Merah bertanyakan keputusan peperiksaan anak-anaknya di sekolah rendah. Sedangkan ketika itu kami tidak dibenarkan melawat beliau.
Dari sudut kerja-kerja dakwah, saya tidak banyak masuk campur urusannya. Tetapi beliau tidak pernah cuai menjalankan tugas tersebut. Ia dilakukan semata-mata untuk keredhaan Allah, di samping menyahut seruan rakan-rakan pejuang.
: Bagaimanakah detik-detik terakhir sebelum Abu Hasan (Abu Syanab) mati syahid?
: Detik-detik terakhir seperti biasa sahaja. Sebelum terbunuh beliau sempat membelikan perabut baru untuk rumah kami. Pada pagi kejadian, beliau menunaikan solat Subuh di rumah kerana sebab-sebab keselamatan. Kemudian beliau bersarapan bersama dengan rakan-rakan yang datang menziarahinya. Kemudian beliau duduk berehat seketika dan sempat mandi terlebih dahulu sebelum keluar rumah.
Biasanya sebelum beliau keluar rumah saya akan menasihatinya terlebih dahulu. Contohnya, "Berhati-hatilah, " atau, "Jangan memandu kereta jika ada helikopter mengekori." Tetapi pada hari kejadian, saya tidak berbuat demikian kerana merasakan sudah terlalu kerap beliau mendengar pesanan berkenaan dari saya... Perangainya seperti biasa. Pada saat-saat terakhir beliau kelihatan sangat gembira. Beliau berusaha menggembirakan anak-anak perempuannya yang masih kecil dengan membelikan keperluan mereka...
: Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada wanita yang ingin berkahwin dengan pejuang-pejuang jihad seperti Abu Syanab supaya mereka boleh membantu suami mereka dalam berjihad?
: Saya tidak suka memuji diri sendiri kerana Allahlah yang terbaik. Tetapi secara realiti, setiap wanita yang ingin berkahwin dengan mujahid dan da'i (pendakwah) di jalan Allah hendaklah membiasakan diri dengan kehidupan mujahid dan kehidupan jihad. Kerana kehidupan para mujahidin adalah kehidupan yang tidak tetap. Rumah tangga hendaklah sentiasa bersedia menghadapi apa jua suasana pada bila-bila masa.
Justeru, mereka yang ingin mengahwini mujahid hendaklah benar-benar faham tugas suami (sebagai pejuang) dan hendaklah bersedia membantu mereka menunaikan tugas mereka. Mereka juga perlu menjadi orang yang sabar dan hendaklah tahu bahawa mereka perlu menerima tetamu pada bila-bila masa. Begitu juga mereka perlu bersedia untuk berhadapan dengan tindakan Yahudi atau musuh-musuh Islam yang lain sama ada mereka menghalau atau membunuh syahid.
: Bagaimana puan menerima berita syahidnya jurutera Ismail (Abu Syanab)?
: Perasaan saya adalah perasaan orang yang kehilangan kekasih. Tetapi saya bangga dan merasa mulia kerana suami saya berhasil memperoleh apa yang dikehendakinya dan dicita-citakan dalam hidupnya.
Saya juga bersedih hati kehilangan orang yang paling saya sayangi. Apapun, kematian boleh datang bila-bila masa. Ada orang mati kerana kemalangan jalan raya. Tetapi suami saya dipilih Allah untuk mati syahid. Saya sangat berbangga walaupun sedih kehilangannya. Saya berdoa agar saya ditemukan kembali dengannya di dalam rahmatNya yang berkekalan (syurga).
Alhamdulillah, kami semua yakin beliau adalah syahid. Kami menerima berita syahidnya dengan bertakbir, "Allahu Akbar, baba telah mati syahid! Allahu Akbar, baba sudah syahid di sisi Allah."
Anak-anaknya yang lelaki dan perempuan merasa sedih dengan kehilangan bapa mereka, tetapi mereka tetap bersabar dan bertekad meneruskan perjuangan menerusi jalan yang telah dilalui oleh bapa mereka. Bapa mereka adalah model, contoh ikutan, kemuliaan dan kebanggaan. Hidupnya sebagai mujahid dan matinya sebagai syahid, dengan izin Allah.
: Adakah puan kesal dengan jalan yang ditelusuri oleh suami puan yang diakhiri dengan puan kehilangan suami?
: Sama sekali saya tidak menyesal! Bahkan ingin saya tegaskan, jalan yang dilalui oleh suami saya adalah jalan yang benar. Saya merasa sangat mulia menjadi isteri beliau. Kalaulah suami saya berada di atas jalan yang tidak benar, tentulah Yahudi tidak menjadikannya sebagai sasaran pembunuhan. Jadi Alhamdulillah pada waktu senang atau waktu susah. Saya sungguh-sungguh berbangga menjadi isteri kepada lelaki seperti Abu Hasan (Abu Syanab).
: Adakah puan yakin terhadap kemampuan kumpulan-kumpulan pejuang, khususnya Hamas dalam menuntut bela di atas pembunuhan As Syahid (Abu Syanab)?
: Ya, pertama sekali saya yakin dengan kuasa Allah. Kemudian saya percaya kemampuan kumpulan-kumpulan pejuang. Saya tidak mahu (mereka) menuntut bela untuk suami saya sahaja. Tetapi saya mahu menuntut bela untuk dakwah, untuk agama (Islam) dan untuk para syuhada'. Saya berdoa kepada Allah agar pembelaan ini berlaku dengan jalan Allah dan bukannya dengan jalan manusia.
Semua pihak, timur, barat dan Amerika memusuhi kami. Saya berharap agar Allah menunjukkan kepada kami hari hitam buat mereka sebagai satu pembelaan kepada agamanya dan dakwahnya sebelum pembelaan kepada suami saya Abu Hasan (Abu Syanab) rahimahullah. Saya beriman dengan Allah. Kemudian saya percaya akan kekuatan Gerakan Kebangkitan Islam HAMAS untuk membalas dan menuntut bela kerana agama, dakwah dan Palestin dan bukannya untuk suami saya sahaja.
: Adakah As Syahid (Abu Syanab) sudah dapat merasakan bahawa ajalnya sudah hampir, kerana biasanya pejuang-pejuang mujahidin ini mereka dapat merasakan kedatangan ajal mereka?
: Sebenarnya, beliau tidak merasa demikian. Tapi boleh jadi juga ada perasaan berkenaan di dalam dirinya. Bagaimanapun, saya dapati beliau sangat senang hati dan terlalu gembira... Saya tidak menyangka itu adalah saat-saat terakhir kehidupan beliau.
Alhamdulillah beliau telah menjayakan cita-citanya iaitulah kegembiraan di dalam hidupnya. Saya berdoa moga beliau bertemu dengan Allah dalam keadaan redha dan mendapat nikmat syurga dengan penuh kegembiraan dan kekal di dalamnya.
Dalam tempuh terakhir itu juga beliau pergi menemui semua orang yang bekerja di rumah dan membayar baki gaji mereka. Orang terakhir menerima bayaran daripadanya ialah Duhan. Katanya, "Awal bayaran kali ini Abu Hasan?"
Beliau menjawab, "Wahai orang muda, ambil hak kamu ini. Seseorang itu tidak tahu bila dia akan mati."
Alhamdulillah, beliau sempat membayar semua bayaran yang sepatutnya beliau jelaskan dan beliau meninggalkan dunia ini dengan tidak menanggung sebarang hutang. Moga-moga Allah menerimanya sebagai syahid........

Mati di jalan Allah, cita tertinggi Kami..

Khalid al Walid apabila ditanya oleh seorang ketua Farsi : “Bagaimana tentera yang sedikit dapat mengalahkan tentera Farsi yang ramai?” Beliau menjawab : “Kami mencintai mati seperti kamu mencintai hidup. Kamu BERJUANG untuk HIDUP, kami BERJUANG untuk MATI. Kami MENCINTAI MATI, sebab itu kami MENANG.” Pada waktu itu, cuba bayangkan 10 000 tentera islam dapat mengalahkan 100 000 tentera Farsi dan itulah jawapan disebalik kemenangan tentera Islam.

Tiada mati yang paling mulia selain daripada mati syahid yang menjadi buruan para pejuang agama-agama Allah. Di bumi Palestin, pejuang-pejuang agama Allah yang sebenar adalah Hamas yang memperjuangkan kemerdekaan bumi Palestine dengan harta dan nyawa tanpa di cabuli oleh ideologi Sekularisme. Antara tokoh-tokoh yang terlibat dengan perjuangan Hamas; Syeikh Ahmad Yassin, Dr. Abdul Aziz Al-Rantisi, Khalid Mesh'al, Mahmoud Zahhar, Ismail Haneyyah, Syeikh Salah Syahadah, Ibrahim Maqadmah, Jamal Mansour, Ismail Abu Shanab, Yahya Ayyash.

1. SYEIKH AHMAD YASSIN
Nama besar yang bisa membuatkan Yahudi tidak lena tidur ini dilahirkan pada 1938 di kampung al-Jora. Cemerlang dalam pelajaran,sukan dan disayangi guru-guru. 1964 menuntut di Universiti Ain Shams Kaherah tetapi tidak menamatkan pengajian kerana dipenjarakan pemerintah Mesir atas keterlibatan dengan Ikhwan Muslimin. Dalam masa yang sama tokoh besar ini menyumbang sebagai pendakwah, pekerja kebajikan, guru bahasa Arab dan pernah menjadi khatib di masjid Gaza. Pernah beberapa kali merengkok dalam penjara Yahudi.
Ogos 1998- rumahnya dirobohkan dan dibuang ke Lubnan
Mei 1989 - berikutan operasi serangan yang membabitkan kematian komando dan tentera Yahudi, beliau telah dipenjarakan dan pada 16 Oktober 1991: Mahkamah Tentera Israel menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atasnya.
Ekoran penahanan itu, beliau telah disiksa yang mengakibat lumpuh seluruh badan kecuali bahagian kepala. sahaja. Di dalam penjara Yahudi, kesihatannya bertambah buruk apabila menghidapi jangkitan paru-paru dan abdomen. Akhirnya pada tanggal 1 Oktober 1997, beliau berjaya dibebaskan melalui rundingan pertukaran tawanan antara kerajaan Jordan dengan rejim Zionis. Walaupun dalam keadaan kesihatan yang buruk, selepas pembebasannya beliau kembali aktif menggerakkan Hamas, terus berjuang menentang Yahudi, apatah tercetusnya Intifadah kedua pada September 2000 kerana Ariel Sharon dan 200 tenteranya telah mencemar Masjidil Aqsa.
Maka Zionis telah mengambil keputusan untuk melancarkan operasi membunuh Syeikh Ahmad Yassin. Pada 6 September 2003 rumahnya telah diserang dan beliau terselamat, hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya. Namun akhirnya 22 March 2004, semasa perjalanan pulang usai menunaikan solat Subuh berjemaah, Zionis telah melancarkan roket yang mengakibatkan mengalirnya darah syahid Syeikh Ahmad Yassin dan anaknya Abdul Ghani serta empat pejuang yang bersama pada subuh pilu itu di bumi Palestin. 
 


2. DR ABDUL AZIZ AL-RANTISI Lahir pada 23 Oktober 1947 di Binaa yang terletak antara Asqalan dan Jaffa. Seorang yang warak, pintar dan cemerlang dalam akademik. lulus cemerlang dalam bidang perubatan di Universiti Iskandariah, Mesir (1972) dan seterusnya ke peringkat sarjana (1976) dengan pengkhususan Peditriasi dan Perubatan Kanak-kanak dan menjadi doktor di Hospital Nasir di kawasan Khan Yunus Beliau antara penggerak awal Hamas iaitu dalam tahun 1987 Atas keberaniannya menentang termasuk tidak mahu membayar cukai kepada rejim Zionis menyebabkan beliau dipenjara. keengganan tersebut kerana berpegang kepada prinsip 'tidak mengiktiraf penjajahan Israel ke atas Palestin'.
Setelah melalui pelbagai kemelut beberapa kali di penjara. Beliau menempuh dunia penjara buat kali ketiga pada 4 Febuari 1988 kerana terlibat dalam pemberontakan subversif dan akhirnya dibebaskan pada 4 September 1990.
Apabila dipenjarakan buat kali keempat, beliau merasa sangat gembira kerana berpeluang satu sel penjara bersama Syeikh Ahmad Yassin. Tokoh dan ikon perjuangan Hamas. Peluang dipenjarakan bersama ini digunakan untuk menghafal Al-Quran. Menulis syair-syair perjuangan. Keluar masuk penjara menjadi mainannya dan sentiasa meneruskan penentangan terhadap Yahudi.

Lalu akhirnya pada 17 April 2004, beliau menyusul pemergian Syeikh Ahmad Yassin. Darah syahidnya tertumpah di tanah palestin apabila kereta yang dinaikinya dibedil oleh helikopter Apache milik rejim Zionis di jalan Al-Jallaa di Wilayah Gaza.

Demikian dua tokoh utama antara yang terawal mengorbankan jiwa, semangat dan nyawa bagi menghidupkan Hamas. bagaimana pun Hamas tidak pernah tandus dengan kepimpinan berwibawa, ianya akan diteruskan dari semasa ke semasa. Selepas pemergian mereka, Hamas mengambil pendekatan merahsiakan senarai kepimpinannya bagi tujuan keselamatan. Bagaimanapun banyak penganalisis percaya Ismail Haneyyah antara pemimpin yang kolektif bersama Mahmoud Zahhar dan Sayyid Al-Sayyam. Zahhar antara yang senior akan tetapi pilihanraya yang memberi kemenangan kepada Hamas, dari segi kempen-kempennya diterajui oleh haneyyah. Tidak hairanlah kemenangan itu menyaksikan Ismail haneyyah dilantik menjadi Perdana Menteri Palestin yang baru.

Kemenangan mereka menewaskan FATAH (yang sekular dan menjadi kuda tunggangan Amerika dan Zionis) memberikan impak yang besar dalam perjuangan Hamas. Bagaimanapun rejim Zionis dan Amerika telah memberikan tekanan dari pelbagai sudut termasuk ekonomi dan kezaliman. Walhal kemenangan itu adalah satu yang sah kerana rakyat Palestin telah memilih Hamas sebagai wakil mereka untuk mengurus tadbir Palestin.
BERASASKAN PANDANGAN REJIM ZIONIS SENDIRI ;KEKAGUMAN YAHUDI TENTANG SEMANGAT JUANG/JIHAD HAMAS

Jeneral Ori Saghi, ( Ketua Shin Bit Unit Perisikan Zionis)
" HAMAS memiliki budaya kerja profesional, kerahsiaan tinggi, pelaksanaan operasi yang berkesan dan menonjol"

Penganalisis rejim Zionis (Komentar)
" HAMAS sudah menghasilkan sekumpulan spesis rakyat Palestin yang baru dan mereka adalah pejuang Palestin yang baru.."

Yaacov Jevri ( Ketua Shabak)
" HAMAS adalah satu-satunya gerakan yang kami gagal menembusinya. ini adalah kekuatan sistem dan disiplin gerakan HAMAS"

Ami Iyalon (Mantan Ketua Shabak)
" HAMAS adalah ancaman paling bahaya kepada negara Israel dan juga masa depan negara Yahudi di bumi Palestin"

Shimon Romanh (Pemimpin Shabak)
" Pejuang HAMAS berbeza dengan para pejuang lain di Palestin. Apabila berdiri di hadapan mereka. saudara akan mendapati diri saudara di hadapan orang yang tetap pendirian, gagah dan tidak mudah dikalahkan"

Karmi Gelon ( Ketua Shabak)
" Apa yang menjadikan HAMAS berbeza adalah operasi-operasi yang dilakukan adalah unik dan sukar diduga. HAMAS bangkit dengan segera daripada semua serangan yang ditujukan kepada mereka. Walaupun pelbagai serangan dikenakan ke atas mereka, namun mereka menjadi bertambah kuat.."

Nah! inilah yang membezakan gerakan yang benar-benar berasaskan tauhid dan berjuang kerana Allah berbanding parti-parti yang beraliran sekular. Insyallah pada tulisan akan datang kita akan mmenyingkap semula PERJANJIAN OSLO 1993 yang menjahanamkan tanah Palestin... Insyallah

Thursday, April 28, 2011

Titipan Untuk Wanita Solehah...



"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.