Friday, April 22, 2011

Sahabat





Salam ukuwah......
Dengan berkat dari Allah dan solat sunat taubah,hajat dan doha yang di buat sebelum menulis tulisan seterusnya ini, hamba harap di beri nya hamba kekuatan untuk menulisdan memberi agar ilmu ini mudah untuk semuanya memahaminya.
Baik kita teruskan dengan tolak atau garis sempadan yang menjadikan seseorang itu beriman atau tidak,
Dalil..hadis yang di riwayatkan oleh sayidina umar ibnu khattab:
“satu hari sedang kami mengelilingi rasulullah di dalam masjid telah masuk seorang lelaki yang segak, berpakaian putih bersih tanpa debu sedikit pun,seakan-akan dia datang dari tempat yang dekat,tapi tiada seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya. Lelaki itu terus duduk betul-betul di hadapan rasulullah, sehingga lututnya bertemu dengan lutut rasulullah. Lelaki itu kemudian bersuara,”khabarkan padaku apa itu islam? Rasulullah terus menjawab,islam ialah engkau mengucapkan “lailahahilaAllah”kemudian enkau sembahyang, puasa, zakat, dan menunaikan haji.,benar, jawab lelaki itu.kami semua hairan, dia bertanya dia juga yang membenarkan.kemuadian dia bertanya lagi,khabarkan kepada ku apa itu iman? Rasulullah pun menjawab,iman ialah engkau percayakan Allah, malaikat,kitab-kitab,nabi-nabi,hari kiamat dan qadha dan qadar dari Allah,benar jawab lelaki itu,di bertanya lagi,khabarkan padaku apa itu ihsan?,rasulullah berkata,ihsan ialah engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihatnya,yakin lah engkau bahawa Allah melihat engkau,benar,jawab lelaki itu,tanyanya lagi, bilakan hari kiamat akan berlaku, rasulullah menjawab,orang yang bertanya tentu lebih mengetahui,lelaki itu bertanya pula,apakah tanda-tanda hari kiamat sudah hampir?, rasulullah menjawab, ketika hamba-hamba melahirkan tuan dan orang-orang berjalan tanpa kasut, dan pengembala-pengembala kambing telah berjaya mendirikan bangunan yang tinggi dan cantik. Benar jawab lelaki itu yang kemudian bangun dan berjalan keluar. Kami lihat dia begitu cepat hilang dari pandangan. Dalam kami kehairanan, rasulullah bertanya, tahukan kamu siapa lelaki itu? Aku menjawab,Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui. Rasulullah akhirnya memberitahu, itulah jibrail, datang mengajar kamu tentang agama kamu. ”

Dialog di atas ini dapat kita jelaskan sempadan bagi seorang itu islam atau tidak itu pada kalimah:

“lailahailAllahMuhamaduRasulullahh”
“tiada tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah,Nabi Muhammad pesuruh Allah ”

Apabila seorang itu mengucapkan kalimah syahadah jadilah ia islam, dan belum boleh dikatakn ia beriman lagi walaupun dia sembahyang,berpuasa,zakat,haji dan ibadah lain.kerna ini sendiri telah Allah firmankannya:
di firmankan sendiri oleh Allah

“orang arab badwi itu berkata, kami telah beriman,katakanlah pada mereka,kamu belum beriman,tapi kamu katakanlah,kami telah tunduk (islam)”kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasulnya. Dia tidak akan mengurangi sedikit pun pada(pahala)amalanmu, sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang.”
Al-hujurat ayat 14

Ayat ini telah Allah “wahyukan” kepada rasulnya setelah datang beberapa arab badwi mengatakan kami telah beriman, hanya kerna telah mengucapkan,”lailahailaAllah”dan melakukan amalan-amalan yang di perintahkan Allah, jadi saya simpulkan bahawa,

Pertama itu,seseorang yang islam itu belum tentu beriman, tetapi yang beriman itu sudah pasti dan tentu islam.

Keduanya itu, islam boleh kita kenal dengan amalan-amlan lahiriah,tetapi iman itu adalah amalan hati(batin).

Dalil lain yang boleh hamba beri tentang ciri-ciri iman, firman nya:
“sesungguhnya orang yang beriman, hanyalah orang-oarang yang beriman kepada Allah dan rasulnya,kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar”
-Al-hujurat: 15.

Jadi untuk menjadi orang beriman itu, ucapan “lailahailAllah” itu mistilah kita pelajari maksudnya,juga tuntutannya,kemudian jika sudah difahami,maknanya,diyakini tanpa ragu-ragu dan dihayati itu kemudian di buktikan dengan amalan perbuatan.
Keraguan kita tentang ucapan kalimah syahadah sama ada maksud kalimah atau lain-lain rukun itu bisa terbit dalam empat bentuk:

Pertama itu ia jahil dengan tidak tahu satu atau tak tahu langsung tentang rukun iman dan

persoalan tentang iman.

Kedua itu ia syak iaitu keyakinannya ada iaitu 50%, diamping itu keraguannya juga 50%

ketiga itu di sebut “zan” yang mana keyakinan nya lebih tinggi iaitu 75%,tapi ada terselit juga
keraguan terbit dalam dirinya sebanyak 25%.

Keempat itu di sebut ‘waham” yang mana ia terbalik juga berlawanan dari “zan” itu kerna ia punyai keyakinan yang tipis iaitu 25% dan keraguannya tinggi sebanyak 75%.

Bisa bila persoalan dan keimanan kita itu ada terselit juga keimanan itu di celahi perasaan jahil,syak,zan,waham, kita tak bisa lagi di katakan beriman, kerna di ucap kita kalimah syahdah itu juga kalimah tauhid itu sebanyak 100% keyakinan, juga dengan tanpa di celahi juga terselit akan wujud keraguan dalam hati nuraninya oleh mana-mana satu dari empat keraguan yang hamba terangkan itu barulah kita bisa di katakan telah beriman. MasyaAllah,semoga hati kita tak terujud perasaan ragu-ragu itu,jadi marilah kita muhasabah diri, dan orang yang bergini saja lah yang akan sanggup mengerjakan segala suruhan Allah dan tinggalkan segala larangan Allah, dengan kata lain hitam dan putih suruhannya,maka hitam dan putih lah kita ikut,tanpa perasan bantah,juga penentangan kerna keimanan itu telah meresap dalam hati nurani kita.

Bila di sebut membuat segala suruhan dan meninggalkan segala larangnnya itu nampak mudah di sebut dan di ucapkan,tapi perlu hamba igatkan diri dan sahabat bahawa perlaksanaannya belum tentu semudah sebuatan, belum tentu iman itu dengan senang di perolehi, kerna melakukannya itu hanya mungkin ada pada kita yang ucapan dua kalimah syahadah itu di fahaminya dengan keyakinan yang bersungguh-sungguh dan tuntutan syahadah itu di dihayati dan di laksanankan sepenuhnya. Tuntutan kalimah syahdah itu bisa saya rigkaskan iaitu:
Pertama itu pengabdian hidup dan diri itu hanya pada Allah,juga segala amalan juga perbuatan sehariannya kecil atau besar ,penting atau tidak itu semuanya dan segalanya itu di lakukan untuk di jadikan ibadah pada Allah dengan penuhi pula lima syarat ini,

Pertama itu niat mistilah betul(kerna Allah)

kedua itu segala perlaksanaan juga perbuatan itu misti betul dan mengikut syariat islam.

Ketiga itu pekara yang kita lakukan itu mistilah sah dan juga elok tanpa ada subahat,haram dan maksiat menurut islam.

Keempat itu natijah kita itu misti betul dan hanya kerna Allah, dan bukan kerna pekara atau benda lain.

Kelima itu, melakukan sesuatu itu, kita tidak meninggalkan pekara asas seperti sembahyang juga puasa dan lain-lain.
Seterusnya, yang kedua itu tiada yang di redhai, disembahi sebagai tuhan itu melainkan Allah.

Ketiga itu tiada yang bisa ditakuti itu selain dari Allah.

Keempat itu tiada lain yang l di cintai itu lebih dari mencintai Allah.

Kelima itu tiada tempat menyembah diri itu melainkan pada Allah.

Setelah segala tuntutan yang di sebut hamba itu telah kita penuhi dan telah kita hayati dan tuntutan itu juga telah kita tunaikan dengan penuh keyakinan juga penuh bersungguh-sungguh barulah bisa kita menjawab sabda Rasululluah S.A.W. iaitu:
“siapa yang mengucapkan “lailahailaAllah, masuk syurga”.

Jaminan syurga yang telah Rasulullah berikan pada yang mengucapkannya itu mistilah dengan keyakinan yang waja dan tinggi, jiwa yang takwa,juga sunguh-sungguh menunaikan semua tuntutan-tuntutan yang terdapat dalam ucapannya syahdah itu,
Dalil lain pula Rasulullah bersabda:
“seseorang yang mengucapkan kalimah “lailahailaAllah” akan memberi banyak faedah pada orang ramai kalau dia tunaikan haknya. Sahabat-sahabat bertanya,
“apakah hak kalimah itu, ya Rasulullah?” jawab baginda,“menegakkan “ambrubalmakrufwanahyianilmungkar”(menegakkan pekara yang baik dan mencegah pekara yang mungkar)”

Sesungguhnya itu juga kalimah syahdah itu menjadi syarat wajib islam dan iman nya seseorang itu punyai satu erti dan makna yang meluas, kerna ketinggian iman seseorang itu adalah bergantung kepada setinggi mana keyakinan dalam hati serta sebanyak mana di tunaikan tuntutannya., jadi semakin tinggi keyakinan dan tuntutannya yang kita tunaikan, maka tinggilah imannya.sebaliknya jika kurang keyakinanya dan hanya sedikit tuntutanya di tunaikan,maka rendahlah imannya.

Sedikit penambahan dari hadis yang mengucapkan kalimah syahdah itu masuk syurga,’kerna ramai orang kita ambil hadis ini dengan amalkan kefahaman mereka sekadar cukup sahaja mengucapkan kalimah syahdah itu tanpa perlu untuk dia solat dan melakukan ibadah lain,mudah sangat macam itu, di sini perlu kita tahu,hadis itu di ucapkan dan di riwayatkan oleh Rasulullah ketika sebelum penghijrahan dan juga pada masa itu juga segala hokum islam seperti minum arak itu belum lagi diturunkan oleh Allah.waktu dan ketika itu masih di mekah.oleh itu pada zaman itu sesiapa yang mengucapkan kalimah syahdah akan masuk syuga walaupaun ketika itu dia mati ketika mabuk minum arak,kerana belum lagi di turunkan Allah hokum itu.
Di tulisan seterusnya akan hamba cuba huraikan pulak kepentingan iman. Jadi nantikan lah.
Sekian untuk kali ini.

Tuesday, April 19, 2011

CINTA ORANG BERIMAN ITU 'BUTA

 Kerap diungkapkan, cinta itu buta?Apakah benar cinta itu buta? Apakah cinta orang beriman juga buta? Kalau buta yang dimaksudkan itu tidak mampu lagi melihat mana yang hak, yang mana batil, tentulah cinta orang yang beriman tidak buta.
Tidak! Cinta yang suci tidak buta. Orang beriman tetap celik walaupun sedang dilamun bercinta. Mereka masih tahu dan mampu melihat serta menilai yang mana baik, yang mana buruk, yang mana halal, yang mana haram sewaktu bercinta.
Namun sekiranya buta yang dimaksudkan tidak nampak lagi segala kesusahan demi mendekatkan diri kepada yang dicintainya (Allah)… ya, cinta orang beriman memang buta. Orang yang beriman tidak nampak lagi ranjau duri untuk mendekatkan diri kepada Ilahi.
Pernah Sayidina Abu Bakar ra pernah berkata kepada anaknya, “jika aku menemui mu dalam perang Badar dahulu, aku sedikit pun tidak teragak-agak untuk membunuh mu!” Mus’ab bin Umair pula pernah berkata kepada ibunya, “jika ibu punya 100 nyawa dan nyawa itu keluar satu persatu, saya tidak akan meninggalkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad.”
Ya, cinta orang beriman itu buta. Tetapi bukan buta melulu. Yang buta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman. Cinta itu telah dikotori oleh kehendak nafsu dan bujukan syaitan. Apa sahaja yang disuruh oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan akan diikuti. Cinta buta oleh orang yang buta mata hatinya sanggup mengorbankan maruah, harga diri malah membunuh demi cintanya. Memang benar kata pepatah Arab, seseorang itu menjadi hamba kepada “apa” atau “siapa” yang dicintainya.
Kalau sudah cinta, kita jadi “buta” terhadap penderitaan, kesusahan dan segala keperitan demi menyukakan hati orang yang kita cintai. Oleh itu bertuah sekali jika orang atau apa yang kita cintai itu adalah orang yang baik atau sesuatu yang baik, maka kita akan menjadi hamba kepada orang yang baik dan kebaikan.
Sebaliknya, jika yang kita cintai adalah kejahatan atau orang yang jahat… kita akan diperhambai sentiasa kepada kejahatan. Firaun mati lemas kerana diperhamba kuasa. Manakala Qarun ditelan bumi akibat diperhamba harta. Dan berapa ramai negarawan, hartawan dan bangsawan yang kecundang kerana cintakan wanita? Orang mukmin itu sangat cinta kepada Allah. Firman Allah: “Orang mukmin itu sangat bersangatan cintanya kepada Allah.” Al Baqarah 165.



Nabi Sulaiman Dan Ratu Balqis


Setelah Nabi Sulaiman membangunkan Baitulmaqdis dan melakukan ibadah haji sesuai dengan nadzarnya pergilah ia meneruskan perjalannya ke Yeman. Setibanya di San’a – ibu kota Yeman ,ia memanggil burung hud-hud sejenis burung pelatuk untuk disuruh mencari sumber air di tempat yang kering tandus itu. Ternyata bahawa burung hud-hud yang dipanggilnya itu tidak berada diantara kawasan burung yang selalu berada di tempat untuk melakukan tugas dan perintah Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman marah dan mengancam akan mengajar burung Hud-hud yang tidak hadir itu bila ia datang tanpa alasan yang nyata.
Berkata burung Hud-hud yang hinggap didepan Sulaiman sambil menundukkan kepala ketakutan: “Aku telah melakukan penerbangan pengintaian dan menemukan sesuatu yang sangat penting untuk diketahui oleh paduka Tuan. Aku telah menemukan sebuah kerajaan yang besar dan mewah di negeri Saba yang dikuasai dan diperintah oleh seorang ratu. Aku melihat seorang ratu itu duduk di atas sebuah tahta yang megah bertaburkan permata yang berkilauan. Aku melihat ratu dan rakyatnya tidak mengenal Tuhan Pencipta alam semesta yang telah mengurniakan mereka kenikmatan dan kebahagian hidup. Mereka tidak menyembah dan sujud kepada-Nya, tetapi kepada matahari. Mereka bersujud kepadanya dikala terbit dan terbenam. Mereka telah disesatkan oleh syaitan dari jalan yang lurus dan benar.”

Berkata Sulaiman kepada Hud-hud: “Baiklah, kali ini aku ampuni dosamu karena berita yang engkau bawakan ini yang aku anggap penting untuk diperhatikan dan untuk mengesahkan kebenaran beritamu itu, bawalah suratku ini ke Saba dan lemparkanlah ke dalam istana ratu yang engkau maksudkan itu, kemudian kembalilah secepat-cepatnya, sambil kami menanti perkembangan selanjutnya bagaimana jawaban ratu Saba atas suratku ini.”
Hud-hud terbang kembali menuju Saba dan setibanya di atas istana kerajaan Saba dilemparkanlah surat Nabi Sulaiman tepat di depan ratu Balqis yang sedang duduk dengan megah di atas tahtanya. Ia terkejut melihat sepucuk surat jatuh dari udara tepat di depan wajahnya. Ia lalu mengangkat kepalanya melihat ke atas, ingin mengetahui dari manakah surat itu datang dan siapakah yang secara kurang hormat melemparkannya tepat di depannya. Kemudian diambillah surat itu oleh ratu, dibuka dan baca isinya yang berbunyi: “Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, surat ini adalah dariku, Sulaiman. Janganlah kamu bersikap sombong terhadapku dan menganggap dirimu lebih tinggi daripadaku. Datanglah sekalian kepadaku berserah diri.”

Setelah dibacanya berulang kali surat Nabi Sulaiman Ratu Balqis memanggil para pembesarnya dan para penasihat kerajaan berkumpul untuk memusyawarahkan tindakan apa yang harus diambil sehubungan dengan surat Nabi Sulaiman yang diterimanya itu.
Berkatlah para pembesar itu ketika diminta petimbangannya: “Wahai paduka tuan ratu, kami adalah putera-putera yang dibesarkan dan dididik untuk berperang dan bertempur dan bukan untuk menjadi ahli pemikir atau perancang yang patut memberi partimbangan atau nasihat kepadamu. Kami menyerahkan kepadamu untuk mengambil keputusan yang akan membawa kebaikan bagi kerajaan dan kami akan tunduk dan melaksanakan segala perintah dan keputusanmu tanpa ragu. Kami tidak akan gentar menghadapi segala ancaman dari mana pun datangnya demi menjaga keselamatanmu dam keselamatan kerajaanmu.”

Ratu Balqis menjawab: “Aku memperoleh kesan dari uraianmu bahwa kamu mengutamakan cara kekerasan dan kalau perlu kamu tidak akan gentar masuk medan perang melawan musuh yang akan menyerbu. Aku sangat berterima kasih atas kesetiaanmu kepada kerajaan dan kesediaanmu menyabung nyawa untuk menjaga keselamatanku dan keselamatan kerajaanku. Akan tetapi aku tidak sependirian dengan kamu sekalian. Menurut partimbanganku, lebih bijaksana bila kami menempuh jalan damai dan menghindari cara kekerasan dan peperangan. Sebab bila kami menentang secara kekerasan dan sampai terjadi perang dan musuh kami berhasil menyerbu masuk kota-kota kami, maka niscaya akan berakibat kerusakan dan kehancuran yang sangat menyedihkan. Mereka akan menghancur binasakan segala bangunan, memperhambakan rakyat dan merampas segala harta milik dan peninggalan nenek moyang kami. Hal yang demikian itu adalah merupakan akibat yang wajar dari tiap peperangan yang dialami oleh sejarah manusia dari masa ke semasa. Maka menghadapi surat Sulaiman yang mengandung ancaman itu, aku akan coba melunakkan hatinya dengan mengirimkan sebuah hadiah kerajaan yang akan terdiri dari barang-barang yang berharga dan bermutu tinggi yang dapat mempesonakan hatinya dan menyilaukan matanya dan aku akan melihat bagaimana ia memberi tanggapan dan reaksi terhadap hadiahku itu dan bagaimana ia menerima utusanku di istananya.”

Selagi Ratu Balgis siap-siap mengatur hadiah kerajaan yang akan dikirim kepada Sulaiman dan memilih orang-orang yang akan menjadi utusan kerajaan membawa hadiah, tibalah hinggap di depan Nabi Sulaiman burung pengintai Hud-hud memberitakan kepadanya rancangan Balqis untuk mengirim utusan membawa hadiah baginya sebagai jawaban atas surat beliau kepadanya. Setelah mendengar berita yang dibawa oleh Hud-hud itu, Nabi Sulaiman mengatur rencana penerimaan utusan Ratu Balqis dan memerintahkan kepada pasukan Jinnya agar menyediakan dan membangunkan sebuah bangunan yang megah yang tiada taranya yang akan menyilaukan mata utusan Balqis bila mereka tiba.
Tatkala utusan Ratu Balqis datang, diterimalah mereka dengan ramah tamah oleh Sulaiman dan setelah mendengar uraian mereka tentang maksud dan tujuan kedatangan mereka dengan hadiah kerajaan yang dibawanya, berkatalah Nabi Sulaiman: “Kembalilah kamu dengan hadiah-hadiah ini kepada ratumu. Katakanlah kepadanya bahawa Allah telah memberiku rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah dan mengaruniaiku dengan karunia dan nikmat yang tidak diberikannya kepada seseorang dari makhluk-Nya. Di samping itu aku telah diutuskan sebagai nabi dan rasul-Nya dan dianugerahi kerajaan yang luas yang kekuasaanku tidak saja berlaku atas manusia tetapi mencakup juga jenis makhluk Jin dan binatang-binatang. Maka bagaimana aku akan dapat dibujuk dengan harta benda dan hadiah serupa ini? Aku tidak dapat dilalaikan dari kewajiban dakwah kenabianku oleh harta benda dan emas walaupun sepenuh bumi ini. Kamu telah disilaukan oleh benda dan kemegahan duniawi, sehingga kamu memandang besar hadiah yang kamu bawakan ini dan mengira bahawa akan tersilaulah mata kami dengan hadiah Ratumu. Pulanglah kamu kembali dan sampaikanlah kepadanya bahawa kami akan mengirimkan bala tentera yang sangat kuat yang tidak akan terkalahkan ke negeri Saba dan akan mengeluarkan ratumu dan pengikut-pengikutnya dari negerinya sebagai- orang-orang yang hina-dina yang kehilangan kerajaan dan kebesarannya, jika ia tidak segera memenuhi tuntutanku dan datang berserah diri kepadaku.”

Utusan Balqis kembali melaporkan kepada Ratunya apa yang mereka alami dan apa yang telah diucapkan oleh Nabi Sulaiman. Balqis berfikir, jalan yang terbaik untuk menyelamatkan diri dan kerajaannya ialah menyerah saja kepada tuntutan Sulaiman dan datang menghadap dia di istananya. Nabi Sulaiman berhasrat akan menunjukkan kepada Ratu Balqis bahawa ia memiliki kekuasaan ghaib di samping kekuasaan lahirnya dan bahwa apa yang dia telah ancamkan melalui rombongan utusan bukanlah ancaman yang kosong. Maka bertanyalah beliau kepada pasukan Jinnya, siapakah diantara mereka yang sanggup mendatangkan tahta Ratu Balqis sebelum orangnya datang berserah diri.
Berkata Ifrit, seorang Jin yang tercerdik: “Aku sanggup membawa tahta itu dari istana Ratu Balqis sebelum engkau sempat berdiri dari tempat dudukimu. Aku adalah pesuruhmu yang kuat dan dapat dipercayai.” Seorang lain yang mempunyai ilmu dan hikmah nyeletuk berkata: “Aku akan membawa tahta itu ke sini sebelum engkau sempat memejamkan matamu.”
Ketika Nabi Sulaiman melihat tahta Balqis sudah berada didepannya, berkatalah ia: “Ini adalah salah satu karunia Tuhan kepadaku untuk mencoba apakah aku bersyukur atas karunia-Nya itu atau mengingkari-Nya, karena barang siapa bersyukur maka itu adalah semata-mata untuk kebaikan dirinya sendiri dan barangsiapa mengingkari nikmat dan karunia Allah, ia akan rugi di dunia dan di akhirat dan sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Mulia.”

Menyonsong kedatangan Ratu Balqis, Nabi Sulaiman memerintahkan orang-orangnya agar mengubah sedikit bentuk dan warna tahta Ratu itu yang sudah berada di depannya kemudian setelah Ratu itu tiba berserta pengiring-pengiringnya, bertanyalah Nabi Sulaiman seraya menundingkan kepada tahtanya: “Serupa inikah tahtamu?” Balqis menjawab: “Seakan-akan ini adalah tahtaku sendiri,” seraya bertanya-tanya dalam hatinya, bagaimana mungkin bahawa tahtanya berada di sini padahal ia yakin bahawa tahta itu berada di istana tatkala ia bertolak meninggalkan Saba.
Selagi Balgis berada dalam keadaan kacau fikiran, keheranan melihat tahta kerajaannya sudah berpindah ke istana Sulaiman, ia dibawa masuk ke dalam sebuah ruangan yang sengaja dibangun untuk penerimaannya. Lantai dan dinding-dindingnya terbuat dari kaca putih. Balqis segera menyingkapkan pakaiannya ke atas betisnya ketika berada dalam ruangan itu, mengira bahawa ia berada di atas sebuah kolam air yang dapat membasahi tubuh dan pakaiannya.
Berkata Nabi Sulaiman kepadanya: “Engkau tidak usah menyingkap pakaianmu. Engkau tidak berada di atas kolam air. Apa yang engkau lihat itu adalah kaca-kaca putih yang menjadi lantai dan dinding ruangan ini.”

“Oh,Tuhanku,” Balqis berkata menyedari kelemahan dirinya terhadap kebesaran dan kekuasaan Tuhan yang dipertunjukkan oleh Nabi Sulaiman, “aku telah lama tersesat berpaling daripada-Mu, melalaikan nikmat dan karunia-Mu, merugikan dan menzalimi diriku sendiri sehingga terjatuh dari cahaya dan rahmat-Mu. Ampunilah aku. Aku berserah diri kepada Sulaiman Nabi-Mu dengan ikhlas dan keyakinan penuh. Kasihanilah diriku wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.”

Demikianlah kisah Nabi Sulaiman dan Balqis Ratu Saba. Dan menurut sementara ahli tafsir dan ahli sejarah nabi-nabi, bahawa Nabi Sulaiman pada akhirnya kawin dengan Balqis dan dari perkawinannya itu lahirlah seorang putera. Menurut pengakuan maharaja Ethiopia Abessinia, mereka adalah keturunan Nabi Sulaiman dari putera hasil perkawinannya dengan Balqis itu. Wallahu alam bisshawab.
Al-Quran mengisahkan bahawa tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan kematian Sulaiman kecuali rayap yang memakan tongkatnya yang ia sandar kepadanya ketika Tuhan mengambil rohnya. Para Jin yang sedang mengerjakan bangunan atas perintahnya tidak mengetahui bahawa Nabi Sulaiman telah mati kecuali setelah mereka melihat Nabi Sulaiman tersungkur jatuh di atas lantai, akibat jatuhnya tongkat sandarannya yang dimakan oleh rayap. Sekiranya para Jin sudah mengetahui sebelumnya, pasti mereka tidak akan tetap meneruskan pekerjaan yang mereka anggap sebagai siksaan yang menghinakan.
Berbagai cerita yang dikaitkan orang pada ayat yang mengisahkan matinya Nabi Sulaiman, namun karena cerita-cerita itu tidak ditunjang dikuatkan oleh sebuah hadis sahih yang muktamad, maka sebaiknya kami berpegang saja dengan apa yang dikisahkan oleh Al-Quran dan selanjutnya Allah lah yang lebih Mengetahui dan kepada-Nya kami berserah diri.
Kisah Nabi Sulaiman dapat dibaca di dalam Al-Quran, surah An-Naml ayat 15 sehingga ayat 44

Monday, April 18, 2011

Subuh yang sepi

Aku ni gile ke..???waktu mcm ni sume duk pelok bantal pelok tapi aku mhadap lap top and buku siapkan home work...tapi bgus ke hari2 amalkan gaya tido mcm ni..???kalau bgs aku nk amalkan smpai Spm...sbb sronok la stdy waktu mlm2 n..tapi yg x syok nya x dapat lepak2 dgn umi la.....smlm hari ptama bermulanya class hikmah....memang memenatkan..sampaikan aku ni kena ikat perut sbb gigi sakit....nk g beli roti mlas plk nk trun tngga...padan muka lapo tahan la sikit..org Jepun tu bole tadan knpa aku xa boleh tahan...skali skala jadi org gila ok kot..sbbb kalau hari2 jadi baik je bosan plak.....


Smile Always....