(Temuramah dengan isteri As Syahid Ismail Abu Syanab - pemimpin Hamas yang terbunuh diserang helikopter Israel )
Al Marhum bekerja menerusi politik untuk kemaslahatan dakwah dan untuk mencari keredhaan Allah di samping satu khidmat untuk Islam dan umatnya. (Dalam keadaan itu pun) beliau satu haripun tidak pernah alpa terhadap hak keluarganya. Beliau sentiasa bertanya tentang pelajaran dan keadaan anak-anaknya walaupun seketika. Beliau juga sering menziarahi anak-anak perempuannya. ..
Dalam hal mengambil berat terhadap keluarga ini, saya masih ingat ketika beliau dipenjarakan oleh Yahudi pada tahun 1989. Dalam keadaan kami yang sentiasa risaukan keselamatannya yang mungkin beliau disiksa dan sebagainya, beliau masih berkesempatan menghantar pesanan menerusi pasukan Palang Merah bertanyakan keputusan peperiksaan anak-anaknya di sekolah rendah. Sedangkan ketika itu kami tidak dibenarkan melawat beliau.
Dari sudut kerja-kerja dakwah, saya tidak banyak masuk campur urusannya. Tetapi beliau tidak pernah cuai menjalankan tugas tersebut. Ia dilakukan semata-mata untuk keredhaan Allah, di samping menyahut seruan rakan-rakan pejuang.
Biasanya sebelum beliau keluar rumah saya akan menasihatinya terlebih dahulu. Contohnya, "Berhati-hatilah, " atau, "Jangan memandu kereta jika ada helikopter mengekori." Tetapi pada hari kejadian, saya tidak berbuat demikian kerana merasakan sudah terlalu kerap beliau mendengar pesanan berkenaan dari saya... Perangainya seperti biasa. Pada saat-saat terakhir beliau kelihatan sangat gembira. Beliau berusaha menggembirakan anak-anak perempuannya yang masih kecil dengan membelikan keperluan mereka...
Justeru, mereka yang ingin mengahwini mujahid hendaklah benar-benar faham tugas suami (sebagai pejuang) dan hendaklah bersedia membantu mereka menunaikan tugas mereka. Mereka juga perlu menjadi orang yang sabar dan hendaklah tahu bahawa mereka perlu menerima tetamu pada bila-bila masa. Begitu juga mereka perlu bersedia untuk berhadapan dengan tindakan Yahudi atau musuh-musuh Islam yang lain sama ada mereka menghalau atau membunuh syahid.
Saya juga bersedih hati kehilangan orang yang paling saya sayangi. Apapun, kematian boleh datang bila-bila masa. Ada orang mati kerana kemalangan jalan raya. Tetapi suami saya dipilih Allah untuk mati syahid. Saya sangat berbangga walaupun sedih kehilangannya. Saya berdoa agar saya ditemukan kembali dengannya di dalam rahmatNya yang berkekalan (syurga).
Alhamdulillah, kami semua yakin beliau adalah syahid. Kami menerima berita syahidnya dengan bertakbir, "Allahu Akbar, baba telah mati syahid! Allahu Akbar, baba sudah syahid di sisi Allah."
Anak-anaknya yang lelaki dan perempuan merasa sedih dengan kehilangan bapa mereka, tetapi mereka tetap bersabar dan bertekad meneruskan perjuangan menerusi jalan yang telah dilalui oleh bapa mereka. Bapa mereka adalah model, contoh ikutan, kemuliaan dan kebanggaan. Hidupnya sebagai mujahid dan matinya sebagai syahid, dengan izin Allah.
Semua pihak, timur, barat dan Amerika memusuhi kami. Saya berharap agar Allah menunjukkan kepada kami hari hitam buat mereka sebagai satu pembelaan kepada agamanya dan dakwahnya sebelum pembelaan kepada suami saya Abu Hasan (Abu Syanab) rahimahullah. Saya beriman dengan Allah. Kemudian saya percaya akan kekuatan Gerakan Kebangkitan Islam HAMAS untuk membalas dan menuntut bela kerana agama, dakwah dan Palestin dan bukannya untuk suami saya sahaja.
Alhamdulillah beliau telah menjayakan cita-citanya iaitulah kegembiraan di dalam hidupnya. Saya berdoa moga beliau bertemu dengan Allah dalam keadaan redha dan mendapat nikmat syurga dengan penuh kegembiraan dan kekal di dalamnya.
Dalam tempuh terakhir itu juga beliau pergi menemui semua orang yang bekerja di rumah dan membayar baki gaji mereka. Orang terakhir menerima bayaran daripadanya ialah Duhan. Katanya, "Awal bayaran kali ini Abu Hasan?"
Beliau menjawab, "Wahai orang muda, ambil hak kamu ini. Seseorang itu tidak tahu bila dia akan mati."
Alhamdulillah, beliau sempat membayar semua bayaran yang sepatutnya beliau jelaskan dan beliau meninggalkan dunia ini dengan tidak menanggung sebarang hutang. Moga-moga Allah menerimanya sebagai syahid........
No comments:
Post a Comment