Saturday, January 1, 2011

Azam tahun baru 2011






Salam semua dan bukan salam 1Malaysia. Boleh pulak ade post time2 new year nih. Nampak sangat x pegi menyambut ye dak. Wakakakak. Orang lain ak rase mesti plan penuh je. Ak plak sibuk ngn kerja sendiri. Kemas bilik. Basuh baju pastu men game men internet. Okla tu. Kerja jugak ape. Wawawawa. Jadi hari ni mari kite bukak lagi satu tajuk perbincangan yang ak rase mmg popular waktu ni. Pasal tahun bru. Selama aku bernafas di muka bumi ni bolehla jugak aku buat rumusan sdikit sbanyak. Jadi baca n layan aje. Kalau auta je lebih…maafkan diriku ye. Tindakan itu mmg disengajakan sebenarnya.

Bila menjelang tahun baru pasti ada azam yang akan dibuat. Mungkin ada yang masih sama dengan yang lama dan ada yang baru. Tak kurang juga yang tak berbuat azam (mungkin hidup dah cukup berjaya..). Bukan mudah membuat azam, lebih mudah bercakap berbanding melaksanakannya tapi sebagai individu seeloknya kita memiliki azam. Azam memberikan kita panduan untuk meneruskan hidup dalam satu tahun. Seperti yang pernah ditulis sebelum ini, pencapaian azam pada tahun 2010 amat mendukacitakan. Jadi untuk azam tahun 2011, sasaran yang lebih realistik dipilih. Antaranya :-

1.Belajar lebih banyak dari on line..
2.Mendapat keputusan yg cemerlang dlm SPM
3.Lebih banyak solat malam
4.Banyak besedekah
5.Membaca al-Quran lebih kerap.
6.Puasa sunat
7.Berbuat baik kpada ibu bapa
8.Teringin nak buat umrah
9.Menabung.
10.Menghafal al-Quran
11.Dan yg lain rahsia

Akhir kata Selamat Tahun Baru 2011. Kullu Sanah Wentum Toyyibiin wa Kullu ‘Aamin Wentum Bikhairin.
Masa lalu adalah kenangan.
Hari ini adalah goresan.
Hari esok adalah harapan.
Selamat tahun baru 2010.
Selamat tinggal kenangan.
Selamat datang harapan.

No comments:

Post a Comment